Wednesday 22 October 2014

Jom bakar kalori yang berlori-lori

Assalamualaikum,,

Hari deepavali di hari rabu. Cuti umum la maknanya kan. =)

Berdua saja dengan encik suami, anak-anak semua masih kat rumah cu memandangkan cuti sekolah pon dah bermula. Cuti sekolah sempena deepavali je tau.

Pagi-pagi tadi encik suami dah gerak, suruh bangun ikut dia joging. Mimpi apa pulak entah tetiba nak berjoging dia nih. Aku masa tu tengah syok berbalut dalam selimut lagi.

Haiyaaaak,, cuti camni la dapat golek lama sikit. Lepas tu anak-anak pon takde. Rugila kalau bangun awal..........

Tapi dah dipaksa, maka relalah bangun jugak. Tengok encik suami pon dah start enjin kete maknanya kena pegi la kan. Huhuhuhu~

Mana ade tracsuit, mana ade sportshoes, mana ada baju yg ok nak bawak joging.



Orang bila memang tak nak,
macam ni la dalihnya.

Sampai jugak kt track joging tu. OMG ramainya orang!

Lagi sekali aku pandai orang sebelah. Tak pakai pakaian sukan ni. Ape kes????

Lagipon aku memang taknak joging. Jalan-jalan boleh la. Aku kan fefeeling berbadan dua. =P

Maka tertonggok la aku kat batu besar tepi tasik tu. Menunggu suami yang dah berapa pusingan berjoging.

Mampu tengok je la. Aku ni pre menstrual. So memang x sedap semuanya. Nak lasak-lasak pon rasa tak kena je. Duduklah perati orang sambil blogwalking.

Takleh selfie kt sini, ramai orang. Hahahahah!

Ada yang bawak keluarga. Ada yang dengan kawan-kawan. Agak aku ngan encik suami ni diorang tau tak kitorang lakibini?

Kang diorang ingat datang dating pulak. Adehhh~

Teringin nak bawak doubleF pegi sini la. Minggu depan maybe. Rasanya farish mesti excited. Fareeq.......im not sure sebab budak tu manja sikit.

Ok la aktiviti gini, since badan pon dah mula membesar dengan jayanya plus stamina pon dah kelaut, berjalan jauh sikit, naik tangga tinggi sikit dah tercungap-cungap. Padahal umur baru 26tahun. Malunya!

Erkkk..encik suami dah ajak balik. Baru 8.15pg kot?

Kembang kempis hidung. Tak cukup napas la tu kan? Nk drive kete pon terus la tak larat, balik rumah, terbongkang.

Cettt,, over sangat tau. =_=''


Wajib la tepek muka bahagia ai.

Kbai!
posted from Bloggeroid

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati