Tuesday 31 July 2012

apam polkadot



assalamualaikum w.b.t

   siyesly, byk giler kje yg pending. tp curik2 juga mase nk update blog. hehehe~ pasni sy kje ye bos. hahaha! leh caye ke? :P
   ok, arini sudahpon masok hri ke 12 kita bpuasa. Alhamdulillah masih ade kudrat utk meneruskannya dan semoga puasa ni diterima olehNya. AMIN.
   alkisah entry arini adelah ttg projek kami kt opis ni. heheh~ sepanjang puasa ni x putus2 projek mknnya. hahaha,, mmg dh kaki mkn xleh nk kata ape. dh projek botok2, beralih pula projek apam polkadot & urap. 
   seronok tau senior2 cni. kepala semua gonjeng2. :p

Apam polkadot sedap
ni apam polka cik tom sebagai intro. :))




  teruja dgn resepi arini,, apam polkadot. macam besh. maka ibu pon belaja la. mau wt utk besday anak2 ibu nnt. save budget. ^____________^

ok, disini ibu tepekkan resepi apam polka nih. sumber dr CIK TOM. :))


Bahan-bahan untuk masak apam polkadot 



3 biji telur dari peti sejuk
275 gm tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
220 gm gula halus (anggaran 1 cawan)
150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan)
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna

**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.

Cara-cara penyediaan apam polkadot

1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.


2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.


3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.


4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (separuh sahaja).


6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).


7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.




8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.



taraaa!!!!!!!





cantek kan??
hehhehehhe... ni hasil kretip kakak2 yg 'lembot' tgnnya
kalau ibu?
=_=


 dr kami

supposed 2 be J.K.D.M K.L.U.A.N.G



Tips tambahan untuk buat apam polkadots.

1. Untuk mengelakkan filling melekat bawah apam (sebabnya filling terlalu cair). So cara untuk keraskan filling ialah first panaskan 1 sudu besar butter/marjerin. Pastu masukkn anggaran 1 sudu besar tepung gandum. Kacau hingga nampak tepung tu mendidih. Pastu masukkn jenis filling/jem yang nak guna. Kacau hingga sebati dan pekat. Kalau rasa keras sangat, boleh tambah sedikit air. Kalau lembik, boleh tambahkn lagi filling/jem..

2. Sebelum masukkan adunan ke dalam piping bag, kacau adunan sehingga kelihatan sebati dan licin (tiada lubang angin) untuk mendapatkan permukaan apam yg rata dan tidak berlubang.

3. Kukus apam dengan api sederhana. Kalau api besar akan menyebabkan apam polkadot akan merekah.

4. Bungkus alat kukusan dengan kain untuk mengelakkan air menitis ke dalam adunan apam ketika mengukus.

5. Selepas siap kukus dan agak2 apam dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara. Apam akan jadi keras jika terdedah lama pada udara.






NI PULAK URAP BABAT...

BEST SGT SEBAB BYK ULAM FRESHHHH! :)


sekian untuk arini. akan update apam polka versi ibu pulak. tggu~~~~~~~~~~~~~ ^__^
Terima Kasih

2 comments:

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati