Thursday 7 February 2013

Tidaklah saya setia sangat dulu

Assalamualaikum..

Dlm mud menonton drama 'setia hujung nyawa'. *lap airmata*

Las episod arini. Banyak babak2 sedih la pulak. Walaupon elsalina imani tu dpt bersama suami dia,zain....

DISEBALIK BAHAGIA SEPASANG HATI ADA HATI LAIN YANG TERLUKA

T_T

Sangat emosi bila bf lama el tu nak say goodbye smbil bg hadiah. Hadiah trakhir katanya. Memang menyakitkan bila org yg kita cinta sebaliknya tak cinta lagi kat kita. Meleleh air mata weyhh!

Sakitnya hati. Tapi bukanla sakit hati yg negatif,cuma sakit hati nk menerima hakikat tu. Serius. Bercakap melalui pengalaman. *bukak kitab sejarah dulukala* =_=

Hmmm... Terfikir ke teringat tak tau la ni;

Perasaasn manusia berubah2. Sbb tu selalu kita dgr perumpamaan:

*sekali air bah sekali pantai berubah*

Ada yg setia dan berakhir dgn kebahagiaan. Ni kategori happy ending dan beruntunglah yg termasuk dlm golongan ni.

Ada jugak yg setia tp sygnya setia sorang diri. Pihak satu lg x setia mana pon. Lagi sadis yg satu lg tu dh berubah arah. Lagi kesian!

Bila bercinta jarak jaoh:
--org cakap zaman sekarang ok je kalau jaoh2 ni. Smua dihujung jari. Boleh call,sms,mms,3g. Kalau ada internet coverage lg la bagus sbb bole install viber,whatsapp,we chat, etc. Free lagi. ;)

Beruntungkan bercinta zmn skrg. X payah susah2 karang surat berjela. Bayangkan la kalau nk cerita aktiviti seminggu berkajang kajang la kertasnya. Silap2 kena modal beli ballpen baru. ;p
X masok lagi kisah nak beratur beli setem kat pejabat pos. ^_*

Hakikatnya kemodenan bukan janji untuk setia sampai gerbang perkahwinan....

Teringat 1 masa dlu betapa tak percaya bila.org cakap;

"Jauh jarak fizikal,jauh jarak emosi"

Dan tragisnya bila trpaksa bersetuju dgn kenyataan itu.

Honestly,
Saya memang tak mampu untuk setia.
Lagi2 bila si dia jauh dr mata. Mata ni pon mulala dicuci2 dgn org yg dekat2..

Saya memang jenis yang---
♥nak perhatian paling lebih♥
♥romantik♥
♥lapordiri tiap jam♥
♥suka surprise yg best2♥

Sudahnya saya kawen pon dgn lelaki yg xla seperti yg saya nak sgt tu. Padan muka sendiri. #_#

Kata org bila kita pilih2 sangat memang xdpt la spesis tu. Hahahah!

Bila dikenang balik,buruk peel kan dulu2? X sedar diri la pulak yek.

Selepas insiden x setia sangattt tu, saya buat keputusan terima 'org yang baru'. Sebab perasaan dh terbahagi.

Yg jauh sayang. Yg dekat pun sayang. Takkan nak dimadukan ye x?

Maka diputuskan untuk *clash* dgn yg jauh. Rasional keputusan? Sebab x nampak kecewanya yg jauh tu dpn mata. Takdelah rasa bersalah sgt nanti. Jahat kan. Hurmmm..

Sempt berbual kali terakhir sebelum kawen dgn 'orang baru'.

Cuma xla bual lama sebab ada ayat2 yang buat hati x boleh blah. Nanti terusik rasa balik susah kang!

Just say sorry. Memang saya yg bersalah. Saya x setia. Saya tak berjaya setia. Saya memang terukkan. ;'(

Kini..
Lepas lebih 4tahun. Kadang2 ada juga contact. Tp xla via fone. Just chat kt fesbuk. Tu pon tanya kaba jek.

Kita tanya kaba wife die
Die tanya kaba hubby n babies kita

Ohhh.. Sungguh drama sekali kehidupan ni~~

Perasaan?
Xla kot. Jangan dikenang lagi dh. Anak pon dh 2 org. Hubby pon ok2 sje. Memang bukanlah seromantik yg diimpikan, tp cukupla menyenangkan hati. Sesekali menyakitkan hati. Hihihi~

Sekarang?
Jgn risau. InsyaAllah saya setia hujung nyawa dgn encik hubby. Dia cinta terakhir. Walaupun yg sweet & romantik mcm Zain tu dtg. Tetap juga sayang suami saya yg buncit tu. ;p

Saya bersyukur dgn apa yg saya ada hari ini. Walaupun saya rasa kehilangan sesuatu yg lebih bernilai dlm keputusan yg dulu, tapi saya yakin jalan hidup ini dh direncana sehabis baik dr yg kita sangka.

ALLAH TAK BERI APA YANG KITA MAHU SEBALIKNYA DIA BERI APA YANG KITA PERLU

Setiap dari kita memang ada kisah sendiri.
Kesilapan lalu menjadikan kita lebih matang hari ini.
Belajar menghargai diri sendiri,dan semua yg kita sayang mahupun yang pernah kita sayangi.

Peace! ♥♥

Terima Kasih

2 comments:

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati