Tuesday 18 June 2013

bila kami ke pantai timur

assalamuaaikum!

terlewat lagi menge'up' entry baru. maklumlah gambanya sekerat kat henpon sekerat kat kamera. So terpisah2. kena la tunggu cukup semua baru best nak tayang,. :p

2hari selepas majlis kawen cu, kami berangkat ke Kelantan. 

isnin, 3jun2013, 12t/hari


nak jugak tepek muka sememeh ni besa2. no filter, no eyeliner, no cream2 bagai. :p
perjalanan jaoh. berhenti pon mesti banyak2 kali. so tak perlu mekap. boleh gitu? 

ada 3 kereta. pengantin baru dengan mak 1 kereta. pakcik dengan atok 1 kereta. aku anak beranak dengan ayah 1 kereta. berkonvoi la menuju ke negeri pantai timo tu....

taktau spe yang harus dipersalahkan. aku yang percaya kat pakcik aku tu atau pakcik aku yang percaya sangat dekat GPS die tu. T_T

perjalanan yang pada aku lebih mudah ikot signboard jadi tak tentu hala dek kerana Gps dok bawak kami pusing2 ikot jalan mana ntah. Alih2 sampai kat bukit besi. maghrib. 

lepas tu ikot cakap aku je la. sebab dah kematu duduk lama dalam kereta. Aku memang tak mampu la nak jalan jenjaoh gini. penat.


aku decide ikot je highway pantai timur. Opis2 mate dah bagitau ikut situ senang. masa2 macam ni kena ikot cakap kawan yang selalu balik kampung lalu jalan ni. :p

meredah la malam kat highway itu. Sampai simpang kat Kuala Terengganu tu adik call, temperature kereta tinggi pulak. Melepasi tahap bahaya. gulp!

 akhirnya tersadai disini
jam 9malam

yang aku faham tangki air dah boco, sebab panas sangat. garu kepala masing2. apa mau buat ni??????

sampai jam 10lebih kitorang kat situ. Untung ada peronda lebuhraya tu boleh tolong jagakan kereta sampai esok pagi. Tu jek keputusan terbaik. Nak tarik memang tak la kan. Maka tidola dia disitu....

sambung perjalanan yang paling tidak 2jam lagi. Anak2 yang tadi baik dah mula buat perangai. berpangkulah dua2nya kat ibu. habes kebas punggung dibuatnya.

kat seat belakang, mak ayah dgn pengantin. sendat macam sadin. nasib semua badan semuat rasa jek. maap la ye. ini semua cobaan~

selamat sampai homestay. penat tak payah cakap. pinggang pon macam nak patah. dah la jalan jaoh, anak timpa pulak dengan badan diorang yang tido sikit punya lena tu. kesian jugak anak2. tak pernah travel jaoh macam ni. senang cakap ni pengalaman baru untuk anak2, apatah lagi makbapaknya ni ha.
 :P

dapat bantal. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz~


selasa, 4jun 2013.
bangun pagi2 makan nasi berlauk. first time makan kot. selalu dengar je opismate tu cerita. nasi berlauk nasi berlauk. :)

lepas makan, siap2 semua. Dah sampai tempat orang kalau tak berjalan memang rugila sangat. Badan memang masih letih. Tapi kuat2kan je la.

Pengantin lelaki tak join. Dia uruskan kereta yang tersadai semalam tu.  Maka kami pon set la nak pusing2 tengok bandar kononnya. ngee~

perjalanan 100% disokong oleh GPS. nak harap signboard, macam tak konpiden. Oh ya, siang ni kami dah bawak haluan masing2 tau. Pakcik aku tu nak pergi umah besan dia. Gasakla. kami jalan je sendiri dengan muka berani. hahaah!


muka suci lagi. letak eyeliner je. sebab bila x letak macam sedih la muka iols. :p

Kota bharu. settle. tetiba hb cakap nak pergi pasar siti khadijah. :p


 mengagumkan sangat

terasa canggih kamera henpon aku ni bila dapat shoot pic cantik cenggini. ^__^

kat sini puas jugak berjalan. mula2 taknak beli. tapi nampak sangat membohongnya kan. 
maka 'terbelilah' 2 pasang kain kat sini. konon nak buat raya. tapi ade lagi ke tailor yang sanggup ambik tempahan????

pusing2 dua tiga tempat. beli serunding daging sikit. nyum2~

DONE. 

jam 3petang. rasa panas terik kot masa ni. tapi kalau dah memang jenis kuat merayap takleh kata apela. dapat pulak laki yang memahami. :)

Rantau panjang kami datang! 

maap. takde pic kat rantau panjang. sampai2 je dah bertempiaran memasing. hilang celah2 kedai. Farish pulak buat hal. taknak turun dari kereta. panasssss jek hati.

dalam 20minit gitu, skala mengada dia dah turun. dapatlah berjalan. hb dapat seluar, aku jugak yang melepas. konon nak survey2 kedai lain, sekali rasakan. yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran. T_________________T

sampai maghrib jugak berkampung kat situ. aku yang dari tadi cari kedai telepon sbb nak beli charger henpon untuk kereta. tapi hampa. 

berhenti mkn kat kedai makan kawasan tu. sebab fareeq dah buat 'kuih'. kenala tumpang toilet. busuk kemain kau abie.  :P

menu: mee cimbo kata org kedai tu ni mee celop. ok fine. aku memang teringin sangat nak rasa.

siap makan, menuju ke jalan pulang. masa ni tab aku tu dah bunyik2. signal dah mintak nyawa. kecutt je hati. takut tak dapat jumpa jalan balik kalau tab tu kong. tu la GPS aku tu...

masuk kawasan bandar. alamak wakaf che yeh la!!!!!!!!!!!!!!!!

hb u-turn. terus cari parking. baikkan laki aku? buat2 tanya nak singgah ke, padahal die memang nak singgah.

kat sini pada aku barangnya tak semurah kat rantau pjg tadi. tapi setakat nak pusing2 tengok suasana, aku on jek. sambil2 tu masih cari2 charger utk tab aku tu.

tiba2, hujan turun laaaaaaaaaaaa!
berlari semua tuju ke kereta. jam dah hampir 9malam. jom balik!

masuk je kereta. tetttt~ tab kong!

HARAP MAAP.

mengagau cari jalan balik. semua main ingat2 je jalan yang lalu masa datang tadi. alih2 sampai JELAWAT. alahai~~~~

pusing2 dekat 30minit jugak. lepas tu baru call siraj. die guide jalan. sampaila dpn simpang. 
tak la jaoh sangat kesesatan kami tu. ngee~

terus tido. penat berjimba. kulit pon sunburn. esok dah majlis. sadis. belek2 dulu ape yang dibeli tadi.

mak demgam adik la yang sakan membeli. tapi serius berbaloi. baju yang rm 35 selalunya kat pasaran sini, mak dapat rm 18 je. punya terer menawor harga!

gigit jari la aku. sebab ak tak jumpa kedai diorang tu tadi. huhu~

5jun2013
majlis rumah lelaki

kat sini takdelah bergaya baju pengantin yek. kenduri makan2 jek. 

ini adelah menarik. terus verangann nak buat masa besday farish nant. :)


dekat asar dah
balik homestay
terus siap2 nk berjalan pulak
^___________^


hari ni feeling nak duduk tepi pantai jek. On GPS. search mana2 pantai terdekat sampailah ketemu pantai Irama ni.....


sampai2 abie tido ler pulak, padahal die la paling teruja kalau tengok air. selalu tengok parit kat rumah mak jek, kalini tengok seluas2 laut. 
 

masa ni kite dah giat nak kejut abie. lepas je celik die terus jerit, 
"air..air.."

best duduk tepi pantai. Kena tiup angin terus feeling romatik. :p
romantikla sangat kan. hehehe~


kami. 
seronok sesekali dapat kumpul sekali. walaupon rumah dekat2, tapi  jarang sangat dapat spend masa sama2 mcm ni..... :(

InsyaAllah kalau ade rezeki lebih nanti bolehlah plan cuti jaoh sikit. mesti lagi best. terutama ayah yang memang teruja sangat tu. dengan 2 anak, 2 menantu & 2 cucu. :)

malam terakhir di sini. Esok bertolak balik la kami. Tapi, nampaknya hb ada perancangan lain. Dah alang2 sampai katanya. 

apekah???? tunggu next entry ye. ^_____________*

Terima Kasih

2 comments:

  1. adehhhh sgt ngeri kalau kete prob tgh2 jalan d waktu malam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg mengerikan. dh la jalan sunyi sepi. :)

      Delete

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati