Sunday 1 September 2013

Semalam pergi jemputan kahwin

Assalamualaikum.

Semalam anniversary aku & ade jugak yang kawen same date dengan aku. Pfftt! Sebenarnya dorang kawen sempena 31ogos, terang2 aku yang perasan. *_#

Aku tak kenal family pengantin. Pengantin lagi la aku tak kenal. Ayah cuma bagitau ni sedara dia. Dulu selalu datang rumah mak tua. Ok.....

Sebenarnya aku tak rajin pon nak pegi. Kena pulak tadi dah berbaris merdeka, memang melonjak naik la graf kemalasan tu. Tapi bila tengok ayah beria,tak sampai hati pulak. Mau tak mau aku gagahkan je.

Baju pon tak beriron. Sampai je rumah tadi aku terus on washing machine kononnya nak mendobi baju. Tetiba mak call cakap nak pegi sekarang sebab mak ngah dari segamat dah tunggu kat air hitam.

Kelam kabut masuk bilik selongkar gerobok.

Baju yang beli kat peace aritu dah elok sangkut. Tag harga pon ada lagi. Aku tak pakai sebab sendat sangat2. Maklomlah badan tetiba naik mendadak ni kan.

Sekali tadi aku saje la try. Eh muatla!!! Terus tacing. Macam nak nangis. Badanku kembali ke saiz 36 seperti dulu. Sedar tak apa yang cuba aku sampaikan?? Aku sudah mengecil kembali. Hahahahah! Lempang muka sendirik~

Tapi tak jadi pakai baju tu sebab tangannya panjang. Esok dah boleh anta tailor mintak pendek kan. ;)

Kalau baju tu aku dah muat,baju raya taon lepas konfem muat jugak. Cer try cer try..

Yeayyyyy muat la!!!

Konfem la daging yang berlebihan aritu dah hilang. Bahagianya rasa. Hihihi~

Terus pecut rumah mak laju2. Bedak pon tak touch up sebab konfiden muka ok lagi. Padahal terpengaruh sebab baju dah muat balik kan~
Hahaha! Poyo sangat rasanya.

Sampai2 rumah mak diorang semua dh standby lua rumah. Si kecik aku yang 2orang tu pon dah ready. Apelagi.. Lama dah tak pose dengan cu. Lagi pulak time dah kurus ni,memang takde pose lagi. ;p

Kalini ambik pic baru seronok berbunga2 hati ni. Aku perlu kecik dari cu sebab tu hakikat dari dulu. Haritu je aku beso dari cu.mungkin sebab napsu makan aku ataupon cu yang diet sebab nak kawen. T_T

Otw tu diam je. Mata aku dah kelat. Masa kat rumah jemputan tu pon aku dah lalok je.nampak bantal je masa tu. Tapi bila ayah sembang kemain rancak,dari luar rumah sampai masuk dalam rumah,aku perlu bagi hint.

Sudahnya kami balik masa pengantin tengah berarak nak bersanding. Maap la tak mampu nak menunggu. Rumah tak siap kemas lagi. Risau kalau mak mentuaku tiba. Heheheheh~

Aku terus balik rumah petang tu. Budak berdua ni pon ikot. Diorang yang lain tu nak balik mersing, ambik stok buah2an tempatan. Hihihi~ las2 sampai rumah aku tak jadi mengemas. Capai bantal terus tertiarap.........


Terima Kasih

3 comments:

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati