Tuesday 17 September 2013

Mewarna bersama bank rakyat

Assalamualaikum!

Nah,,,lebih seminggu menyepi. Ade yg rindu tak? Cepat ngaku... Hahahahha!

Seminggu di department baru. Memang tak sejaoh mana, cume kalau dulu aku duduk depan pintu masuk opis,sekarang ni aku tersadai kat tingkat atas.

Perasaan seminggu kat sini.......

Ok jek. Best jugak duduk atas ni. Privacy. Buat kerja sendiri jek. Takde la nak soksek2 sangat macam masa kat bwh dulu. ;p

Ade la sikit2 bab yang aku dah merasa buat. Tak expert lagi tapi bayang2 keje yang bakal aku hadap nanti tu aku dah dapat feel la..

Hahahahah! Kelas ko ayat menyedapkan hati jiwa dan raga. Padahal aku dah bosan menangok tak buat hape2, so aku mintak2 la keje kat aku. Keje tutup fail yang dah selesai sejak setahunlepas pon aku layankan je. Nampak tak betapa komitednya diriku? :p

Dah hujung2 minggu tu barulah dpt semua maklumat tentang ABT. tu pon hasil copy paste dari kak suri tu. Dapatlah aku tengok penyata2 yang perlu aku hadap tiap hujung n awal bulan. Walaupon aku teliti kemain menengoknya,sejujurnya aku tak paham sangat pon. Nanti dah buat barula aku reti. Rasanya lah. =_=

hokey2,,cerita hujung minggu pulak. Pertandingan mewarna buat pemegang akaun Nuri anjuran Bank rakyat Kluang. Happening gile.

Encik suami subuh2 adam dah bergerak ke lokasi tu. Naik moto aje. Kami anak beranak kalau nak datang sebok2 nanti bolehlah datang..

Tidaklah rajin sangat nak pergi. Tapi mengenangkan farish tu bukan main excited nak pergi, aku layankan aje la. Dah gitu taknak kalah ok,nak pakai t shirt bank rakyat jugak! 

Nasib baik jumpa t shirt family day dulu tu, gigihlah babah melayan anak die tu. Siap nak gosok baju segala. Huhuhuhu~

So pagi tu lepas je babah bangun,budak dua beradik ni pon celiklah matanya. Laju je nak bangun mandi. Tak tau ke ibu ni nak tido lagi??

6pagi nak oii.....
Bangun awal sangat. Dah la arini wiken. Aku suruh diorang tido balik sambil akupon buat2 la tido kononnya.

Diorang tido pon x tak lama mana. Jadi pukul 8pagi tu aku suruh dua2 mandi. Laju je bersiap. Takde pon nangis2. Cuba kalau ibu kejut pergi sekolah senang macam ni,tak la ibu terpekik terlolong macam bini tarzan.

Sampai sudah..
Terus call babah. Cepat3,ibu dah sampai!!

Mari kita sarapan dulu~
Yang seronok kalau datang ni je r,sebab ade makan free. Even cuma nasi lemak dengan sambal sotong yang tak seberapa, telankan aje sebab tak kena bayar. ;p

Siap makan babah pon bawak bebudak tu ke dewan. Pertandingan mewarna dah mula. Farish la yang paling semangat. Tapi bila aku suruh join mewarna,laju2 geleng kepala. APTB!

Mulut yang rajin bertanya tu pon ape lagi..

   `ibu,die bawak colour gambar bank rakyat ek?'
    `ibu, kenapa die bawak meja?'
    `ibu,kenapa die colour kat surat khabar?'

Lotih weyh nak menjawab. Kena pulak kat situ bising dengan bunyik2 lagu segala. Dah aku nampak sangat macam pekak.

                      Hahhh???
                            Hahhh??
                                 Hahhh????

Sambil tu aku terbongkok2 tadah telinga kat mulut die. Pfft!

Agaknya mak2 lain tu setabah aku tak melayan soklan anak yang kadang2 ntah pape tu????

Selalunya aku jawab ikot logik akal jek. Janji munasabah pada telinga aku,aku jawab. Tapi selalunya aku bagi jawapan ikot paham die je. Yang penting muka aku konfiden. Heheheheh~

Event kalini ade guest artist. Si ropi yang pelawak grup cecupak dulu2 tu. Muka memang takleh blah. Belom melawak pon aku dah rasa lawak. ;p

Maskot si NURI tu pon kelua. menjerit abie. takot ke geli,entah la. Farish suka je. tapi tetap buat muka selamba die tu..

dua beradik ni syok je tengok si NURI menari chicken dance. hahahah!

Ibu dah biasa tengok chicken dance. Tarian rasmi bank rakyat kluang. hahahahah!

baru 11pagi,abie dah gosok2 mata. mengantok. akh pon berdiri la sambil goyang2 badan. dah macam aku pulak menari chicken dance tu. T_T

nahhhhhh...tido sudah anakku ini. tu la,bangun cepat sangat pagi tadi.

gasakla orang bising2,si kecik ni buat derk je. tido baik punya. tangan ibu ni dah lenguh. feeling ade baby kecik dah aku time tu. last2 tumpang duduk kat tangga stage.

Buat selamba je sambil tepok2 anak kat tangga. sangat buruk ok!

dah 30minit jugak aku terjelepok kat tangga tu,barulah dapat kerusi. berganjak je kat atas kerusi,abie pon celik mata. dia ni jenis kalau terjaga terus bangun, takde makna la nak popok2 kasik tido balik...

babah je la yang dokong. aku ni kebas segala2nya dah ni. Muka pon dah serupa hape ntah. Pasrah...

tengahri juga la settle semua. terus keluar dari dewan. cari nana n kak zila. sempat jumpa masa datang tadi je. belom bergambar lagi ni..

bergambo la kami sepuasnya. segala penjuru kitorang pose. hahahahah! over nya aku rasa. tapi ape boleh buat; sesekali jumpa memang cenggini la jadinya. Yang penting kitorang enjoy.

las la ni dapat jumpa nana. lepas ni dah jadi orang Masai. huhuhuA~

husband die dapat tukar cawangan Masai. suka dia sebab okla kan dapat dekat dengan rumah diorang kat sana.

cuma tak bestnya, hilanglah sorang kawan. kalau tak dulu time majlis raya,berbuka puasa o family day dapat jugak jumpa. sedih!!

apepon semoga nana bahagia dekat tempat baru tu. for sure hepi punya sebab dekat rumah family kan.

tak dapat gomol2 baby maryam yang shomel tu lagi. tak sempat nak tunggu besa dah... ;')

mudah2an persahabatan ni berkekalan. Lagipon,jb-kluang tak jaoh mana pon kan~ ^_^

2 comments:

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati