Friday 18 September 2015

Boys keep growing fast!

Assalamualaikum

Ade ni haaa..
Masih belom bersara dari dunia blogger.

Kejap ada,
Kejap tak ada.
Sebenarnya masih ada.

Huhuhu~

Tak menang tangan sikit,
Uruskan anak-anak.

Memang anaknya masih dua,
Tapi bila dipikirkan balik,
Letihnya,
Peningnya,
Dua tu terasa macam dua belas lagaknya.

Kebetulan harini cuti hujung minggu.
Tak kemana,
Cuma melayan anak yang ada.
Cuti sekolah pon dah mula dan family ni nampaknya takde plan nak kemana buat masa ni.

Mak pak kerja keras penuhkan tabung dulu, lepastu baru pikir nak kemana.

=)

Dari awal tahun aritu dah boleh agak,
Holiday tahun ni memang slow sikit la. Pasal kos dua orang anak sekolah ni lain macam sikit besarnya. Sekaligus memang effect belanjawan family.

Dah ilmu punya pasal,
Ok je.

Ade jugak berjalan masa cuti sekolah yang lepas kan.

Kalini je yang tak sempat plan kemana-mana.
In fact, jerebu pon masih bersaki baki kat area sini. Jadi makin la malas nak keluar mana.

Bebudak memang tak kisah.
Adelah sekali dua fareeq cakap nak pegi hotel yang ada pasir. Maksud dia pantai la tu.

Nape nak pegi pantai?
Sebab nak tulis nama guna pasir.
Comel je jawapan tu.
Punya banyak kertas pensel kat rumah,
Nak tulis guna pasir pantai juga.

Hahhaha!

Nanti la ibu pikir-pikirkan.
Sebab main air laut ni renyah sikit nak menggayakan tu. Prefer kolam renang je.

Celop-celop bilas dah settle!

Farish pulak takde kesah apa.
Janji dia nak balik kampung, tapi last minute cancel sebab rabu ni ada praktis taekwando.

Raya haji nanti jek la balik kampung nampaknya.

Anak-anak dah besar,
Dah mula paham ape makna cuti.
Budak-budak ni siap tahu berapa hari cuti tu. Kemain bilang dari kamis sampai ke sabtu akan datang.

lol.

Cuti sekolah kalini aku tak cuti panjang.
Husband pon sama.
Cuma ahad ni aku amek cuti sehari sebab rasanya mesti aku malas nak bangun pagi pergi kerja bila aku tengok husband & kiddos masoh bergolek atas tilam.

Kihkihkih~

Cuti rehat pon dah tak banyak lagi.
Nanti nak celebrate anniversary baru cuti lagi. Plus, risau kalau ada emergency apa-apa nanti tak cukup cuti payah jugak kan.

Anak-anak semua serah pada adik je sekarang ni. Dia yang handle tiaphari bebudak balik sekolah.  Jadi kalau ada anak yang tak sihat ke apa, kenalah aku cuti. Kesian pulak cu nak uruskan dengan anak kecik dia lagi.

Jaga budak berdua ni memang tak payah mana. Asal on channel kartun, diamlah dia. Tapi dalam diam-diam tu ada masa berkelahi jugak.

Pening mak!

Anak lelaki kelahi lain macam sikit. Berdebuk bertumbuk semua keluar. Tak lama lepastu nanti keluarlah suara tekak salah sorang.

Haaa..

Yang ni memang sakit.
Sakit jiwa semua ada.
Tadi kemain berkekeh gelak main sama-sama,
Tiba-tiba bergaduh.

Masa ni terasa dua orang yang ada ni pon dah cukup kasik pening kepala. Ape lagi kalau ada 3 4 5 orang.

Mak korang ni taklah tabah mana pon!
Kadang-kadang ringan je tangan ni.

Payah noo~
Kasik sedas dua, dua-dua melalak,
Baru padan muka aku.

Hmmm..
Anak dah makin besar. Kadang-kadang keras sangat pon tak jadi jugak. Ada masa kena cakap elok-elok,

Ini tak boleh buat,
Ini tak baik,
Ini salah,
etc.

Dan farish nampak dah boleh paham sikit-sikit bila aku explain macam tu.

Fareeq?
Haishhhh,
Yang sorang tu tetap gitu la.
Kata diaaaaaa sorang je boleh pakai.

Geram jugak.
Tapi selalu aku ingatkan diri ni balik,
He still young.
Ada certain bab yang dia boleh paham bila aku terang elok-elok,
Ada banyak hal yang dia belasah ikut sukahati dia je jugak.

Simptom anak bongsu tebal sangat dalam diri dia nih.

Bila sendiri kat rumah dengan diorang,
Aku selalu perati kan peel bebudak ni.

Yang sorang macam ni,
Yang sorang macam tu.

Agak kalau lagi ramai anak, lagi banyak peel nya kan?

Dulu aku sangka jaga baby tu phase paling complicated dalam hidup mak-mak.

Tapi sekarang ni aku betulkan balik tanggapan tu. Sebab pada aku, jaga anak yang tengah membesar ni berjutakali lebih complicated dari baby.

Letih.

Dua hari seminggu aku akan spend a whole day dengan diorang, iaitu hari cuti. Aku yang uruskan diorang dari celik mata, sampai tutup mata malam harinya.

Ni lagi satu isu.
Anak-anak aku bukan reti tidur siang.
Dia hentam marathon channel astro ceria ke disney hd ke ape kebenda tu sampai petang. Jadi kalau hari aku cuti, memang jangan mimpilah nak hadap sepanjang hari.

Aku mesti selit sikit waktu belajar. Walaupon bukan belajar yang sepenuh hati dan perasaan diorang, tak ku kesah. Janji nampak ada progress.

Jadi bila dia tak tido ni banyak lah aktivitinya.

Dari tengok tv,
Belajar kejap,
Sambung punggah mainan,
Keluarkan segala mak nenek toys yang ada.

Hambur kat ruang tamu.

Yeayyyy!
Sekelip mata rumah macam tongkang pecah.

Sekarang dah nampak improvement sikit tang fareeq. Dulu dia main sepah then tinggal.

Menangis mak nak kutip satu-satu simpan semula dalam bekas taw!

Satu hari tu bagitau dia,
Kalau tak kemas mainan semula, ibu buang je terus.

Ni siap amali tau.
Bila dia tak kemas aku ambik mainan tu masok dalam tong sampah.

Haaaaa....
Nangis-nangis dia kutip balik.
Lepastu baru paham bahasa.

Kalau ikot husband,
Memang dia tak bagi dah beli mainan semua ni. Pasal nak elak sepah rumah la. Nanti budak-budak main, dia sakit mata. Lastly dia yang tolong kemas pulak. Heheheh~

Tapi kan,
As for me, diorang kan budak-budak.

Gila hape dunia budak tanpa mainan?
Jadi setiap bulan akulah pelabur kedai mainan terbaik. Especially untuk fareeq. Dengan robocar poli nya,
Dengan segala jenis lorinya.

Minat dia cenderung pada benda gitu.
Nanti sambil main tu dia create la rumah la. Garaj la. Station la.

Aku suka biarkan je.
Sebab aku nampak imaginasi dia kat situ.
Sape tau nanti anak aku yang sorang ni pemikiran kretip sikit kan.

=)

Biar dia buat apa yang dia minat. Asalkan tak bukan-bukan, aku mesti support.

Farish dah slow bab mainan ni. Dah besar sikit agaknya. Dia selalu tumpang main yang adik je, tu pon kalau adiknya bagi.

Kedek boleh tahan si fareeq tu tau!

Now tengah semai minat diorang pada buku. Keep saying yang buku ni kawan rapat orang yang bijak pandai.

Psiko habis aku part ni.

Duduk berjam dalam bookstore pon rela, kadang tak sedar pon dah berjam kat dalam tu.

Sebagai galakan,
Aku akan belikan diorang buku. At least sorang satu. Yang murah-murah je pon. Buat syarat supaya mindset diorang kata bookstore ni tempat best.

Syurga ilmu.

Buku latihan untuk fareeq,
Buku bacaan untuk farish.

Done.

Nampaknya setakat ni misi tu sukses.
Dua-dua excited bila nampak bookstore. Macam maknya juga.

Sebenarnya rasa kejap sangat budak-budak ni besar. Bila diorang tido aku selalu perati muka sorang-sorang.

Kemain panjang memasing melingkor atas tilam. Dan aku rindu bau baby!

Kalau 6bulan lepas aku pening mikir apesal la tak berjaya-jaya pregnant lagi, sekarang aku dah try to accept.

Sama ada belum rezeki,
Atau mungkin ada hikmah lain.

Kalau ada, aku terima.
Kalau tak ada, aku tetap bersyukur dengan 2 yang ada ni.

2 ni pon dah berharga sangat.
Dah cukup ajar aku erti dunia keibuan sebenar.

Dan suka untuk aku katakan,
Aku rasa aku wanita sempurna dengan dua cahayamata ni.


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati