Sunday 27 September 2015

Hari raya korban!

Assalamualaikum

Curi masa sikit sebelum lena nih. Kisah beberapa hari lepas yang baru harini sempat nak kongsi.

Scroll balik galeri semata-mata nak dapatkan bayangan semula kejadian yang dah lepas.
Gigih kan?

Raya korban yang lepas kitorang semua balik ke rumah mak mentua, kecuali farish. Dia nak beraya dengan mak. Sekaligus habiskan masa cuti sekolah dengan mak. Ubat rindu.

Ngeee~

Selama 3hari kat sana, takde aktiviti sangat nak dikongsi.

Pagi raya kat rumah je. Lagi sedih baju raya pon tak pakai. Fareeq steady dengan seluar pendek sementara aku sarung jeans dengan t shirt je.

Apelah sempoi benar raya kami nih.

Husband je pergi masjid. Sementara tunggu dia balik, aku pon layan je tayangan kat tv. Bosan.

Dah petang sikit baru dapat keluar dari rumah. Jerebu teruk masa tu. Kelabu je sekeliling. Nak layan feel kat tepi kolam ikan pon tak berani. Sudahnya bergerak ke dalam shopping mall je.

Teringin pulak nak makan sundae. Beli roti sikit kononnya nak buat alas perut. Sekali bila dah duduk kat food court tu, terorder rojak pulak. Hahahahha!

Kenyang alhamdulillah.
Masuk dalam jusco, teman husband memilih baju. Lately dia mengeluh dah takde stok baju baru nak dipakai. Maka kita ni menggalakkan la dia beli baju baru.

Sebelum ni asal masok jusco asyik membeli baju-bau kerja ke. Tak perasan baju jalan harian dah kehabisan stok. Ada stok sendu-sendu tahap lusuh je.

Husband jenis simple. Sarung t shirt round neck je kalau kemana-mana. Maka harini pon beli t shirt je.

Sukatilah.
Janji baju baru.

Sempat survey bahagian baby.

Heyyyyy, kita rindu nak beli baju baby!!!!!
Gembur-gembur sikit bahagian baby tu, konon cari legging untuk mekcha.

Tapi takde saiz pulak.
Pfffft!

Baju baby sekarang macam-macam design, warna & harga. Rambang mata. Tak saba nak ada baby, terus mengendeng kat bapak baby nak soping barang baby.

Sedar-sedar dah malam je.
Since perut pun dah kenyang, balik rumah tidur je. Bahagia.

Esoknya seharian merap kat rumah. Tepu.

Untuk spesis yang bila cuti mesti merayap macam aku, terperap kat rumah memang satu kebosanan.

Dah biasa meronda soping mall walaupon tak beli apa-apa. Jadi stress kejap bila dikurung kat rumah dan tak dapat amek bau mall.

Hahahh!
Over sangat.

Malam tu paksa husband bawak keluar jugak. Even dapat ngeteh kat warung mamak pon dah cukup menggembirakan hati.

Bawak mak mentua sekali pasal yang lain-lain takde pon kat rumah. Kenyang perut dapat makan. Tapi lagi senanghati pasal dapat melihat dunia kat luar.

Sampai rumah,tido.

Esok pagi lepas breakfast dah siap nak balik. Ada jemputan kawen kat tenggaroh tapi husband takmo ikot. Kita pon tak berapa rajin nak ikot pon. Esok sekolah dah bukak. Baju budak-budak entah mana kita humban.

Itulah percutian panjang kami minggu ni.
Jadilah dari tak ada.
Dan bila berlama-lama kat tempat lain, semestinya kerinduan pada rumah sendiri yang sepah macam tongkang tu membuak-buak.

Home sweet home.
Dapat landing atas katil sendiri walaupon tilam tak segebu mana adalah sangat membahagiakan.

=)


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati