Friday 25 September 2015

Enjoying our school holiday with superheroes!

Assalamualaikum

Dah seminggu pon cuti sekolah kalini. Tapi doubleF masih tak kemana-mana. Nampak gayanya memang takde lokasi percutian nak dituju kali ini.

Ibu dengan babah pon tak apply cuti. Jadi bertapa la budak-budak tu kat rumah. Dan nampaknya diorang pon tak heran.

Hahahahah!
Nampak sangat mak pak diorang yang melebih sebenarnya kan?

It's ok kiddos.
Ibu sama babah menabung lebih sikit,nanti kita pergi holiday lagi ok?

Kebetulan haritu dapat wasap dari group, pasal aktiviti kat kluang mall minggu ni.

Tenkiu sangat-sangat diya!
Atleast dah ada plan untuk bebudak ni nanti.

Ada superheroes sepanjang hari jumaat sampai ahad. Jam 3petang, 6petang dengan 8malam.

Teruja kemain bebudak ni nak pergi kluang mall. Asyik tanya dan tanya sampai ibu naik hangin nak menjawab.

Jumaat tu kitorang sampai 10minit sebelum jam 3, maknanya ada masa nak tengok aktiviti lain.

Ada rock climbing jugak kat sana. Tapi memang taklaaaa budak bertuah ni nak join.
Hati kecik macam ibunda mereka jua.

lol.

Bila nampak je kelibat ironman, nahhh farish paling over eksaited. Ditariknya aku semata-mata nak bergambar?

Fareeq pulak penakut!
Haishhh menangis taknak datang dekat.

Hamek,
Sorang nak pegi, sorang tanak pegi. Tapi las-las aku bawak je pegi pasal kesian kat farish pulak nanti.

Maka bergambarlah aku dengan anak-anak. Nampak macam aku yang minat diorang kan?

Dah habis tu, pusing kejap kat popular.
Kejap tak kejap sejam jugak kat dalam tu.

Aku suka buku. Eh,rupanya budak berdua ni pon suka buku. Khusyuklah diorang memilih buku.

Aku sebenanrnya nak cari hadiah untuk Adam, anak liza. Pening sangat nak memilih, maka aku decide bagi buku bacaan. Jemu pulak bagi mainan-mainan ni.

Dan semestinya dua orang budak ni pon mendapat habuan memasing. Farish dapat buku bacaan jugak sementara fareeq aku belikan buku latihan.

Sabtu.
Ada jemputan kawen kat INTAN.

Lepas tu terus bergerak ke kluang mall. Harini husband pon ikot. Budak-budak paling suka la nampaknya. Nak tengok sape pulak ade harini.

Jumpa power rangers dengan spiderman. Depan SASA jugak kami bergambar. Budak-budak tetap nak bawak ibunya sekali bergambar.

Huhuhuhu~

Ahad nya pulak pagi-pagi bergerak ke Muar. Singgah pekena sate muar dulu. Seronok ayah ikot kami makan-makan.

Sebenarnya datang sini sebab nak melawat ayah teh yang kena serangan jantung.

Hurmmm..
Sakit jantung ni memang sinonim beno dengan family kitorang. penyakit tu ada dalam diri kebayakkan pak sedara aku.

Selesai melawat terus pecut balik. Ade budak sorang tu mucung dah boleh diikat pasal dah jam 3petang kitorang masih atas jalanraya.

Aku bawak jugak pergi kluang mall harini. Sekali dengan tokyah nya aku bawak menengok ultraman. Hahahah!

Orang ramai. Nama pon ahad. Bersesak-sesak celah manusia semata nak hadap ultraman. Nasib diorang baik pasal mak diorang ni kecik. Cilok cilok sikit,

Eh, dah sampai depan.
=P

Bergambarlah puas-puas. Selalu tengok ultaman dalam tv je kan. Harini face to face. Kejar ultraman tiap level, asal korang happy ibu layankan je.

Untuk 3hari percutian di kluang mall kalini, ibu harap cukup jadi kenangan untuk korang. Walaupon cuma bermodalkan bayaran parking RM1, dengan senyuman kegembiraan kat muka kamu berdua dah cukup buat ibu puas hati.

Soon inshaaAllah ibu bawak tempat main-main pulak. Semoga rezki ibu terus melimpah ruah supaya ibu mampu sennagkan hati kedua-dua anak kesayangan ibu ni.

Amin.


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati