Tuesday 24 March 2015

Day2- miss my babies

Assalamualaikum

Hari kedua kat melaka.
Dah mula dapat ramai kawan.
;)

Kelas masih ok.
Aku yang fresh tahap gaban ni cuba sehabis daya nak adapt apa yang diajar.

Mana tau esok-esok aku kena buat kerja berkaitan ni kan. Ilmu. Belajar tak rugi pon.

Nak mengelakkan aku tersangap puluh kali dalam kelas tu, aku catit la apa-apa poin yanh terasa macam penting. Esok aku balik tempat kerja boleh share dengan staff yang buat kerja ni.

So far,,
Makanan kat sini oklah.

Adat bila kursus ni kau asyik dibagi makan berkali-kali. Baru siap makan, dah sampai waktu makan lagi. Syukur, murah rezeki makan.

Hahahahah!

Pagi-pagi lagi hubby call bagitau farish buat hal menangis taknak pegi school.

Hurmmm,,
Ni part paling tak sedap didengar. Aku dah la jaoh, then anak-anak problem.
Alhamdulillah Fareeq ok elok je pegi school. Aku rasa farish stress sebab aku takde kot.
Kesian..

Terus aku whatsapp owner SRK tu,
Bagitau keadaan farish pagi ni & so far kata- kata dia tu melegakan hati aku. Sikit.

Tengahari tu waktu habis sekolah aku nak je terus call. Tapi disebabkan aku dalam kelas, aku tahan dulu.

Belom sempat call,
Dah masok whatsapp inform that diorang semua heading to rumah nenek.

Malas nak cakap banyak.
As long as bebudak ok,
Carry on.

Lunch time tadi tetap call farish.
Buat-buat tanya macammana sekolah harini,
Makan apa, belajar apa.

Soalan-soalan yang selalu aku tanya bila ambik diorang dari sekolah. Taknak dia rasa aku jaoh dari diorang walaupon sehari.


Ini gambar malam tadi.

Sampai je dari rumah nenek,
Terus buat homework.
Alhamdulillah ingat jugak pesan ibu.
Terus ibu punya hati ade goyah sambil mata mula takung air.

Huhuhu..


Budak kecik ni dapat jugak berbual tadi.

Semalam aku call langsung taknak bercakap. Tengahari tadi pon.

Dah malam ni ok pulak.
Siap tanya ibu tu balik lambat nooo.

Sabar ye sayang.
3hari je lagi.

Ibu kat sini doa cepatlah jumaat sampai,
Ibu nak balik jumpa korang,
Ibu rindu bau masam anak-anak ibu........

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati