Tuesday 31 March 2015

MENJELANG GST- Jadilah pengguna yang bijak

Assalamualaikum

Kurang 24jam lagi GST akan dilaksanakan di Malaysia. Dan dalam saki baki masa yang ada rakyat Malaysia masih tak habis dengan persepsi masing-masing.

Aku jarang nak hapdet pasal keje. Pasal bidang keje pon.

Aku ikot jek flow nya.

Tapi bab GSt ni.
Aku ikuti perkembangannya dari awal.
Aku nampak sorang demi sorang pegawai kastam kena attend macam-macam kursus,
Taklimat, latihan berkenaan pelaksaannya.

Aku nampak betapa susahnya diorang nak adapt mende baru. Hari-hari ada je perkara baru nak kena ambik tahu.

Dari sistem, sampailah nak menerangkan semua kemusykilan orang awam pasal GST ni. Semua diorang hadap.

Diorang takde cuti hujung minggu dah. Sejak awal tahun aritu aku rasa tiap hari diorang kena kerja.

Tu tak masuk lagi bab operasi mengesan. Kesian. Masa untuk family pun dah terjejas.
Demi kerajaan.
Sebab semuanya hanya pegawai biasa dengan tagline

SAYA YANG MENURUT PERINTAH

Aku bukan dari department GSt. Knowledge aku pasal GST tak setinggi diorang dari bahagian tu. Tapi setakat syarat wajib mendaftar & cara daftar tu aku reti la sikit-sikit.

Selebihnya aku cuma mampu tengok ajelahh..

Same goes bila scroll timeline fb aku.

Tak sudah pasal GST.
Ade je bahan nak memomokkan orang ramai.
Kita sama-sama tak lalui GST tu lagi,
Hentikanlah spekulasi semua tu.

Pumpang sana sini. Tak sudah-sudah. Makin lama makin ramcak. Tau tak aku rimas?

Aku tau 1april kena GST dah.
Satu malaysia pon tau.
Tak semua setuju.
Atau senang cakap memang ramai tak suka.
Tu pon aku tau.

Tapi...
Korang rasa dengan post banyak-banyak gitu boleh ubah apa-apa ke?

Memburukkan keadaan lagi kot..

Aku rimas.
Sekali dua bolehlah buat tak nampak.
Tapi kalau hari-hari mau tak muak.

Kastam itulah
Kastam inilah

Hello..
Korang rasa kastam ke yang decide nak implement GSt nih?

Kastam ni cuma pelaksana.
Ketuanya kementerian kewangan sana nun.

Pasal kastam pelaksana,
Korang bom kaw-kaw.

Agak-agak kalau bomba ke, LHDN yang pegang GST ni korang setuju lah?

Tak jugak kan??

Takde apa-apa kelebihan pon pada kastam.
Kitorang jugak kena caj sama macam orang lain.

Bukannya pergi kedai tunjuk kad kuasa terus dikecualikan dari GST. Tetap kena bayar.

Bukannya gaji kitorang besa 4x ganda dari korang. Sama jek beban kewangan kitorang...

Harap-harap lepas gst mula, kuranglah kata-kata tak sedap didengar kat kastam nih.

Kitorang pun makan gaji je.

Memang ada barang yang akan naik harga. Dan sebagai pengguna akhir kita memang kena pasrah je membayar.

Utamakn keperluan bukan kemahuan. Rasanya kalau diamalkan pendirian ni,
banyak part nak kena cut cost gamaknya.

Harap-harap gaji setiap bulan cukup untuk tampung perbelanjaan kitorang sekeluarga.

Bayar bil utiliti
Beli bekalan makanan
Isi petrol
Bayar loan ASB
bayar yuran sekolah anak-anak

Bertabahlah rakyat malaysia.
Esok masanya.
Harap-harap pikiran negatip tu semua cuma mimpi ngeri semata.

Yang penting,
Tingkatkan pengetahuan tentang ni.
Kaji barang mana, harga mana.
Ada GST ke tidak.

Itu hak pengguna.
Tapi hak tu cuma boleh dipertahankan dengan asas yang kukuh.

Kalau tak,
Bersedialah kita untuk berdepan dengan bermacam-macam kemungkinan....


COUNTDOWN

Kluang pulak hujan lebat petang ni.
Harap-harap ujan rahmat dari Allah swt.
Letihlah isu air bercatu kat sini tak selesai lagi.

Berlonggok kain baju nak kena basuh tu.
Nak kena tunggu 1april jugak baru kasi settle ke?

^*

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati