Wednesday 18 March 2015

Prasekolah swasta - status atau pendidikan

Assalamualaikum

Terpanggil nak ulas tajuk WHI semalam.



Bila nampak tajuk tu,
Macam setepek kena kat muka ni.
Dan bila ku scroll fb, ramai la yang up status dan ulasan masing-masing.

Kalau tanya pada aku,
Aku tetap dengan alasan pendidikan.
Kerana nak kan pendidikan yang lebih baik, aku pilih tadika swasta.

Tapi...
Aku bukan kata tadika yang dibiaya kerajaan tu tak baik tau.

Aku nak yang lebih baik.

Dulu aku tadika kemas jek.
Elok jugak pandai baca mengeja.
Dapat jugak score dalam exam.

Cuma masa tu parent aku hidup cukup-cukup makan. Ayah kerja sorang. Dengan gaji kecik nak bayar semua bil-bil, mana mungkin nak hantar sekolah swasta bagai.

Jadi bila sampai masa aku,
Ada pada tempat & keadaan yang sama macam ayah dulu,
Aku tau tahap kemampuan keluarga aku,
Suami bekerja,
Dan aku pon bekerja.

Dari dulu aku berangan nak hantar anak sekolah swasta. Aku mengaku la dulu memang mind set aku ni dah bayangkan semua yang sekolah swasta ni budaknya bijak pandai.

Anak orang berada.

Aku sendiri pernah survey beberapa sekolah untuk anak-anak. Kerajaan dan swasta. Dan keputusan nak hantar sekolah swasta ni pon hasil bincang dengan suami.

Takde mak ayah yang tak nak beri keselesaan & kesempurnaan pada anak-anak.

Sama la kisahnya dengan kami nih.

Yuran pendaftaran je dah sama dengan sebulan gaji bersih aku. Bulan-bulan tetap kena bayar. Siap ada kenaikan lagi tiap tahun. Tapi kitorang bertolak ansur dalam bab ni.

Kitorang share.
Dari yuran daftar sampailah ke yuran bulanan.
Selalunya aku la share partner yang akan bayar kurang. Heehehe~

Nasib dapat suami yang ok. Walaupon asyik cakap aku mengelat ke hape,die tetap bayar kan jugak.

I love u la sayang!

Kitorang bukan dari family background yang berada. Segala yang kitorang ada hasil usaha sendiri, berkat doa mak ayah juga.

Untuk rm300 sebulan demi pendidikan farish masa tu, kitorang ok. Kita kerja pun untuk anak-anak, jadi tak pernah sekali pon ada isu dalam hal ni.

Mungkin kalau farish sekolah biasa-biasa pon ok. Yuran sebulan kat sekolah swasta boleh cover yuran berbulan kat sekolah lain.Tetap boleh kenal huruf, mengira pastu membaca. Tapi setiap menda pasti ada bezanya kan.

Yang murah dan mahal pon mesti la tak sama. Takkan pernah sama.
;)

Pasal tu,
Tepuk dada tanyalah selera sendiri.

Kalau mampu,
Ada bajet untuk ke swasta,
Terpulanglah.

Bila sampai giliran fareeq ke sekolah,
Masa ni kitorang dah mula plan semula.

Tapi tetap pilih prasekolah swasta.
Tak plan pon nak hantar fareeq ke smart reader kids masa tu, sebab dah ada pilihan lain.

Aku memang nak sangat fareeq pergi little caliph. Lagipon memang dekat sangat dengan rumah. Cuma untuk pindahkan farish dari SRK ke LC rasanya memang takkan berlaku.

As a parent, kitorang nampak progress farish dari hari pertama sekolah sampailah tahun ke3 dan itu alasan utama untuk kekal kat SRK.

Fareeq pulak terpaksa didaftarkan di SRK sebab timbul isu bila nak menguruskan diorang nanti. Nak senang, sekolahkan setempat.

Bayangkan yuran pendaftaran je dah RM3500 dengan yuran bulanan almost RM600.

Dengan yuran daftar tu dah boleh beli macam-macam sebanyak amaun tu lepastu yuran bulanan selisih sikit dari installment perodua alza kitorang tu, agak-agak macam mana kitorang survive?

Senang je.
Kitorang yakin ni rezeki untuk anak-anak.
Dan bila kita redha,
Allah cukupkan semuanya.

Kalau dulu risau terputus duit tengah bulan bila dah sekolahkan kedua-duanya, alhamdulillah tak pernah berlaku lagi. Macam takde perubahan pun dari segi perbelanjaan tu.

Tetap boleh bercuti makan angin juga.
Syukurlah
;)


So far dah 3bulan ni,
Fareeq ok. Dah paham kena pergi sekolah, jumpa kawan-kawan & teachers.



Betul,
Mana-mana pon kalau memang dah jenis bijak, tetap akan jadik bijak.

Benih yang baik dicampak ke laut jadi pulau.

Rasional kitorang pilih prasekolah swasta,
Nak kan suasana yang lebih selesa sebab diorang baru kenal dunia sekolah. Ada penghawa dingin supaya selesa nak belajar.

Duduk dalam kelas yang bilangan pelajarnya dalam 10kelas je compare tadika biasa yang lebih ramai pelajarnya. At least para guru boleh hadap anak kami lebih lama dari yang biasa.

Hihihi~

Ape pon pandangan orang,
Ini pilihan kami.
Dan kami puashati dengan pilihan ni.


posted from Bloggeroid

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati