Sunday 1 March 2015

Rezeki bulan februari

assalamualaikum

Awal-awal nak cakap tenkiu very much kat semua yang wish birthday kat fb ataupon whatsapp.

Semoga doa yang baik-baik tu dimakbulkan Allah s.w.t

Birthday cake yg banyak masa 17februari haritu.

Terharu ok.
Tak sangka ada lagi kawan rupanya.
Huhuhu~

Memula tenkiu sangat kat mama hanif- makyong yati yang kiut sebab bagi surprise.


Cupcakes yang banyak. Jenuh wooo nak perabih. Saje lettew nak kasik akak makin gemok kan?

Plan asal nak minum2 pagi tu, tapi disebabkan line tetiba tak clear nak cabut awal, sudahnys pose depan Smartreader je tengahari tu. Asal boleh je la....

Thanks tau yati.
Tak menyangka dapat surprise ini.

Mihmihmih~

Belom sempat makan cupcake yati,
Petang tu ade kek lagi.

Dua kali surprise harini.





Huyeay!
Sayang korang ketat2 la.

Tau tak perasaannya lain macam bila dapat tiop lilin yang kemain mencacak dengan banyaknya atas kek.

Rasa makin banyak usia yang dah berlalu.

Makin sikit usia yang berbaki.
Hurmmmm...


Tiup umur2 yang dah ditinggalkan.

Lepas tu diorang belanja makan pulak. Woootwoot!
Nak harijadik hari2 boleh tak?


Makan time!

Ini la kawan yang ada.
Yang ada waktu susah senang.

Alhamdulillah.

walaupon tak dapat hadiah dari encik shuben, dapat hadiah dari kawan2 pon dah cukup membahagiakan.

Sayang kawan-kawan kaw kaw ah!

Pastu seminggu kendian....
Selepas harijadik aku tu,

Ade birthday celebration kat opis. Ni dah jadi program wajib pulak kat opis ni sebab memang ade buat collection setiap sorang setiap bulan.

Kek kongsi kami.



Well, kat sebelah ni makyong.
Harap yong nye tu dibluetooth kat aku.

Doakan tau!

Deng,
Bulan paling puas makan kek.
Tak timbang pon dah rasa naik berkati dah ni.

March,
Masa untuk pulun diet!


posted from Bloggeroid

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati