Wednesday 1 April 2015

Application whatsapp dah boleh call!

Assalamualaikum

Semalam encik shuben dengan cu sebok suruh hapdet whatsapp.

Maka gegaslah ke playstore & hapdet sekejap.

Tengok-tengok jadi begini



Weyh dah boleh call la!

Eksaited kejap.
Ni kemajuan sempena GST ke?

Hahahahah~
Poyo sangat kenyataan itu.

Teruslah semua orang nak try call.
Not bad la.
Kalau kredit habes boleh call guna nih jek.

Tapi AWAS!

Call thru whatsapp memang tak tolak kredit korang,
Tapi kuota konfem kena sedut ye.

Lepas dah call tu jangan bising internet slow pulak. Browser dok loading aje.

Ngee

Kalau nasib tak baik,
Ditolaknya kuota dari pemanggil & penerima sekali.

Naya weyh!

Jadi pesanan aku,
Kalau nak guna aplikasi ni,
Nak elak kuota korang disedut,
Sila guna dikawasan ber wifi
Contohnya opis aku ni ha.

=)

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati