Friday 24 April 2015

Lemak hari Jumaat

Assalamualaikum!

👶👶berdua kat rumah dengan kesayangan bongsu tu harini. Farish macam selalu kandas kat rumah cu die.

Bangun awal pagi harini terus pikir nak makan ape. Hakhakhak!

Lately napsu makan terlalu sulit nak dikawal. Semua teringin, semua nak rasa, kalau tak dapat mulalah tido malam jadi tak lena.

Overrrr

Plan nak pegi mcD jek. Simple breakfast. Tapi b pulak tak bangun-bangun. Sedap bebeno dia tido nampaknya. Nak kejut tak sampai hati sebab hari cuti macam ni je peluang dia nak bangun lewat sikit.

Terkebil-kebil menonton nasi lemak kopi o.

Teringin makan roti canai pulak...
Ahaks!

Bila b dah bangun, terus suruh dia mandi. Tapi mak nya tak mandi pon lagi. Siapkan b.

Nak kelua ke?
Malasnyaaaaaaaaa nak mandi.


Hahahahhaha!
Ni memang tahap paling gila sampai nak mandi pon malas. Pegi dapo tengok nasi sejuk balance malam tadi ada lagi. Banyak.

Terus potong bawang, campak dalam kuali.
Siap!

Makan berdua. B bukan makan banyak mana pon. Asyik kutip sosej je dari awal aku makan sampai bertambah kali kedua.

Settle makan. Nak berehat depan tv.

Eh,ade kain baju menimbun la dalam washing machine!

Ok malas basuh.
Esok ada masa lagi nak basuh.

Nak kata tengok tv tak jugak sebab lepas makan tu b ajak teman dia main dalam bilik. Maka bertapa la dalam bilik.

Memula b mewarna.
B baca flashcard yang ada.

Awal-awal dah warning lepas main kena kemas. Sebab ibu malas nak kemas. Nasib baik b setuju. Budak sorang ni memang liat nak kemas lepas main. Macam tu jugak kalau buku sekolah.

Lepas baca, die tinggal je menonong masuk bilik nak tido. Aku kena la kemas siap-siap sebab aritu ade sekali anak aku tak bawak pensel pegi sekolah. Pffffft!

Mula-mula teman b baca. Angguk-angguk bila die tanya. Lama-lama makin sayup.

Zzzzzzzzzzzzzzzz~

Ibu!
Terpisat-pisat bangun. Acaner boleh lena ni.
Mengantok sungguh.

Bangun tepek masker kat muka. Sekarang rajin layan masker sebab jerawat durjana suka nauuuu keluar kat muka ni.

B dah ajak tengok kartun. Ok beralih ke ruang tamu. Sebelom tu dah siap-siapkan susu 9oz untuk dia. Kang dah sedap landing dia mintak susu pulak.

Eh khayal lagi!

Zzzzzzzz

Bangun sebab dengar bunyi hujan. Tiba-tiba hujan panas. Hurmmm..takpelah sebab memang takde sidai kain pon kat lua kan. Abaikan je. Bangun pergi dapo cari makanan.

Makan lagi. Huyeayyh!

Sejam lepastu lapa lagi,
Layan cereal pulak.

Terbaik sangat arini.
Makan-tido-makan lagi.

Encik shuben whatsapp tak payah susah-susah masak sebab nanti die bawak balik makanan.

Memang murah lemak la harini. Semua takpayah buat. Nganga makan je. Sukaaaaaa sangat!


Lapa lagi?

Eh tak lapa dah. Saja nak mengunyah je. Nasib baik ade jajan b dapat semalam.

Meh ibu tolong perabis.

Serius memang menikmati hari cuti dengan penuh nikmat la harini.

I luv today.
Hari-hari macam harini pon bagus.

Duduk silang kaki sambil perati budak sorang ni je..


posted from Bloggeroid


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati