Wednesday 8 April 2015

Setelah 4bulan bersekolahhhhhhh..

Assalamualaikum

Malam ni baru selesai sorting buku-buku lama yang ada dalam simpanan. Buku sekolah farish dari umur 4tahun campur sekali dengan buku latihan yang aku beli, beli dan beli aje kerjanya.

Bapak diorang mula-mula menegah jugak kebiasaan aku beli buku budak-budak ni. Asyik beli buku tapi tak terbuat jugak.

Lama - lama mulut yang komplen jek tu diam jugak. Diam la sebab aku yang melabur beli semua tu. Kalau ikotkan die, buku sekolah kan dah ada. Buat jek la apa yang ada tu. Huhuhu~

Aku simpulkan pemikiran lelaki mungkin memang macam tu kot. Tak serupa kepala mak - mak macam aku nih.


Aku asingkan ikut jenis.

Buku sekolah 4tahun,
Buku sekolah 5tahun,
Buku mewarna,
Buku latihan math,
Buku latihan sukukata,
Buku bacaan b.m,
Buku bacaan b.i.

Ade result penilaian farish jugak kat dalam nih. Nanti nak compare dengan result fareeq pulak. Heheheh~

Ni semua permulaan pada plan aku nak buat homeschool tu. Mungkin mula jumaat ni.
Sebab aku dah siap draf ape nak buat nanti.

Doakan niat aku membuahkan hasil positip.

Belek pulak homework anak-anak.
So far fareeq jarang ada homework. Semua latihan buat kat sekolah jek. Farish jek la yang ada homework, tapi tak jugak setiap hari ada.

Tahun terakhir jadi pelajar tadika,
Semua extra nampaknya.

Cuma bila dah duduk hadap anak-anak,
Check buku masing-masing,
Nampakla mana-mana yang kurang.

Fareeq pensel dah banyak tumpul,
Pemadam dah berkecai dipotong-potong,
Pencilcase dah comot diconteng-conteng.

Phewww~
Lap peloh emaknya.

Terus tukar pencilcase lain. Stok banyak kat laci stationeries tu hasil dari birthday party kat sekolah diorang.

Settle sorang, tengok harta abang pulak.
Semua ok, sampailah aku perasan nih.



Speechless.
Beg belobang macam kena gigit.
Alahaiiii la anak.
Sakit betul mata ni dibuatnya.

Tanya jugak macam mana boleh jadi gitu,
Bertuah la kalau dijawab.
Makin geram jadiknya aku ni.

Buat tutup mata jek la sambil mulit kumat kamit membebel lagi.

Sekolah baru 4bulan beg dah jadi gitu. Tensi mak.

Dalam kepala dah pikir nak kena beli beg baru gamaknya tu.

Mungkin bulan depan. Huhuhuhu~

Farish hafiy ni tak cermat tau.
Sabooo jek la ibu.




Cuba cuit harta budak yang sorang ni,
Kalau tak kena tengking,
Mesti kena marah punya.

Sebab tu orang dalam rumah ni malas cari pasal dengan dia.

Hahahahah!
posted from Bloggeroid

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati