Tuesday 14 April 2015

Saving account for my kids

Assalamualaikum

Selalu manjanggg hapdet dari opis,
Hari ni lewat sikit hapdet.

Takde masa nak dicurik kat opis harini,
Pulun menyiapkan fail meja yang berkurun projeknya tak jugak siap-siap.

Tepu jap mikir nak hapdet pasal ape tadik.
Blur.

Ok dah ingat..petang tadi dapat penyata dari ASB budak berdua ni. Duitnya dah selamat keluarkan pon, penyata baru nak sampai rumah.

Heheheh~

Terang mata tengok amaun yang tertulis kat dalam tu, simpanan setahun untuk anak yang dua orang nih.

Both aku bukakan akaun ASB ni sebelom umur diorang setahun.

Kira bila layak je buka akaun,
Aku terus apply untuk diorang.

Alhamdulillah,
Lepaslah buat tokok duit yuran daftar sekolah diorang tu.

Aku bukan jenis yang dah set berapa amaun yang kena saving tiap bulan. Kekdah tu mungkin kalau dipraktikan zaman aku single, gaji tak bertepek hutang, claim ot beriban-riban dulu, aku dah senang lenang sekarang.

Tapi sayang,
Takde maknanya semua tu.

Zaman dulu,
Duit banyak,
Berlibur laaaa~

Beli yang kau nak,
Kadang-kadang yang taknak pon terbeli sekali.

Tak jadik hal masa tu,
Duit tengah ade la katekannnnnn..

Sekarang,
Bila komitmen dah banyak,
Dah beranak pinak,
Baru nak fikir tabungan anak-anak.

Nak fikir masa depan diorang,
Esok-esok kalau nak belajar tak la pening mak nak mencari dana. InsyaAllah.

Sekarang ni,
Aku asingkan 1 amaun untuk simpanan bulanan diorang.

Tak besar mana, tapi adelah jugak. Sebab tahun ni belanja sekolah diorang besar. Yuran je dah RM600 untuk 2orang setiap bulan.

Kalikan setahun?
Sekolah selama 3tahun.

Besar kan?

Huhuhu~

Takpe.
Demi anak,
Demi perhatian untuk diorang,
Demi pendidikan diorang,
Bertahanlah.

Mudah-mudahan hasilnya setimpal pelaburan.

Malam ni dok mengelamun sensorang sementara tidokan budak-budak ni.

Kalau tak tido awal,
Esok pagi banyak dramanya.
Aku jugak yang sakit jiwa nanti.
Huhuhu~

Eh,,
Balik pasal tadi.

Terfikir nak tambah akaun untuk diorang la...

Kalau ade idea nak share,
Mana-mana saving account yang ok,
Meh la komen kat bawah ni.

Setakat malam ni,
Aku asyik terbayang tabunghaji jek.

=D

Ok tak?


posted from Bloggeroid


Terima Kasih

1 comment:

  1. hai singgah sini petang isnin ;-))

    ha, tabung haji is the best! saya, suami, dan empat anak, semuanya simpan dlm tabung haji...tk pyh nak piker tentang zakat, thaji akan tolak zakat utk kita...

    ReplyDelete

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati