Sunday 26 April 2015

Good nite little heroes

Assalamualaikum

Macam biasa, menaip dalam gelap sambil lenakan anak-anak.

Now lega, dua-dua dah tido. Letih agaknya siang bersekolah, lepas tu main terkejar-kejar berdua. Sebelom jam 9malam dah ajak ibu teman tido.

Buah hati pengarang jantung.
Nak tido berteman.

Ibu kena baring tengah-tengah. So adil untuk keduanya. Tak payah rebut-rebut ibu lagi.

Si abang tak reti berselimut. Adik pulak tido siang pon nak berselimut. Lebih sangat adiknya tu.

Habiskan susu masing-masing, tak cakap banyak terus tertido. Dua-dua peluk ibu.

Bahagia.
Dah tinggal sorang-sorang dalam gelap ni mengelamun aje la. Layan emosi. Encik shuben depan tv sebab malam pon belom lewat mana.

Guess what,
Bila duduk diantara dua orang anak ni terbayang macam mana lah kalau ade yang ketiga nanti. I mean, anak ketiga.

Sekarang kan tengah berusaha dapatkan anak ketiga, kononnya dah lama tak merasa beranak kecik.

Tapi cukup bersedia tak aku nih agaknya. Yang dua ni pon kadang-kadang mengah aku nak kerjakan. Sama naik ragam pelik-pelik semua all in package.

Terlayan ke esok kalau ade yang kecik tu.

Abang kiri, angah kanan, adik?

Hahahahah!
Mesti kiut berebut perhatian ibu.

Betul-betul bersedia ke aku ni? Adehhhh~
Bila tanya encik shuben,
No respon.

Haihhhh!

InsyaAllah,
Rasanya aku dah bersedia untuk mulakan hati baru dengan anak yang berikutnya. Setiap bahagian rezeki tak sama. Allah tahu mana yang terbaik.

Umor pon dah banyak.
Nanti tak dan target aku nak quit on 30th years old.

Masa tu nak rehat panjanggggggggg,
Jaga anak-anak & tingkatkan kualiti hidup. Takmo esok dah pencen still kena hanta anak pergi sekolah lagi. Hehehhe~


Tanda-tanda wajib beradik. Dia ni sayang betul dengan icha, adik sepupu yang sorang nih.


Ni pulak,
Dah puas manja dah kot??
;D

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati