Thursday 19 March 2015

Hijab : Then and now

Assalamualaikum!

Ya Allah super panas cuaca harini. Keluar kejap pon dah berpeluh macam baru lepas lari satu pusingan padang.

Time macam ni janganlah salah makan minum, boleh jadi sakit pastu bila dah sakit lama sangat nak baik.

Alkisahnya farish dah start batuk-batuk.
Siang malam berkokol bagai nak rak. Kalau malam nak masuk ke subuh tu makin rancak batuknya.

Yang mendengar ni jadi tak sampai hati. Mesti tak selesa nak buat apa. Tengok selera makan dia pon dah kurang. Huhuhu~

Masok hari ke 3 makan ubat klinik. Kalau sampai esok masih tak elok aku nak.bawak ke klinik lagi. Risau kalau lama-lama melarat ke fareeq pulak. Sebenarnya lebih risau takut dia demam!

Minggu depan aku kena attent kursus kat melaka seminggu. Tak mungkin tenang nak tinggalkan anak yang tak sihat kat sini.

Hmmm...
Harini keja sampai 3.30 petang je.

Menikmati masa terakhir dekat nak balik ni sambil cuci2 mata tengok instageram. Hahahah!

Geram sebab mampu cuci mata je.
Membeli tu tidak la.

Sekarang trend tudung macam-macam ek.
Best je tengok. Tapi untuk orang yang kerja beruniform ni nak kemana sangat la bertudung glemer tu.

Keluar berjalan?
Pesen aku kalau dah sarung satu tudung tu,
Tu la lanyak sampai busuk pastu basuh. Lebih lagi kalau kuar makan. Haishhhh,,
Tak merajin nak iron weyh.

Kalau pergi shopping biasanya rajin sikit iron. Sebab selalunya akan terjumpa sapa-sapa kat sana nanti. Tapi selalunya time aku serabai pakai simple comot-comot tu la akan jumpa orang.

Uh,,
Tragis.

Nak pergi jemputan kawen?
Sebulan sekali pon payah kot.

Bukan takde jemputan,
Tapi selalu sangat clash dengan.macam-macam hal. Kalau cuti sekolah macam ni, lagilah payah nak attent.

Jadi bilanya nak pakai tudung dengan baju lawa ni?

Selalu tengok yang lawa-lawa teringin nak beli. Dah beli, tergantung je dalam gerobok baju taktau nak pakai masa bila.

OMG

Tudung cantik-cantik, mahal-mahal, nak beli untuk raya la.

Eh nak beli?
Nak ke beli ke?

Aku ni jenis tak kesah mahal ke murah. Sarung je janji cantik.

Tapi pernah jugak membeli yang mahal.
Dari segi design sama,
Tapi kualiti memang la takkan sama.


Zaman fareeda nyata jelita.

Harga tak jelita pulak sampai cecah RM200.

Mulanya nak try selai,
Lepas tu berhelai helai sampai riban-riban.

Phewww~
Tak lama lepas tu keluar klon,
Murah 3kali ganda pulak tu!


Zaman tudung RM5.
Ni harga dah menjunam sebab awal-awal keluar harga sepuloh ke duapoloh ringgit jugak.

Ni mula-mula belajar pakai tudung.
Bajet muka remaja kononya.

Aku memang tak banyak tudung,
Lepas dah decide nak bertudung sepenuhnya tu barulah aku mula kumpul-kumpul tudung..


Lepas tu aku sibuk pulak nak bershawl bagai. Kalai sebelum ni aku memang taknak pakai shawl sebab muka aku jenis bulat macam bola & aku rasa mesti pelik bila aku pakai. Jadi aku pendamkan hasrat tengok kecomelan orang lain bershawl jek.

Ntah dari mana aku mula berani nak belit-belit shawl nih. Mungkin sejak aku perasan macam comel je kot. Bahahahahahah!

Shawl masa ni aku beli yang murah-murah je. Tak pernah beli harga yang lebih dari doploh ringgit. Kahkah! Bajet betul kan.


Halfmoon fever!
kemarok semua orang pakai halfmoon,maka aku pon belilah 1. Masa ni dalam tigapuloh jugak rasanya. Nampak eksklusif sebab ade beads kat atas tu.


Glitter shawl.
Ni la selai sebab material keras ni so-so jek.


Wideshawl. Awal-awal dulu mahal weyh!
Tapi kebetulan masa holiday kat Indonesia dapat borong dengan harga lima ringgit je selai. Beli dan jual balik kat mesia.

Sangat puas pakai wideshawl gamaknya. Mihmihmih~


Akhirnyaaaaaaaa,,,

Timbul idea nak buat custommade wideshawl pastu jual. Yeayyyy yang ini best sangat.

Selesa.
Puashati.
Dapat pakai sambil berjual.


Bawal AJ .

Yang ni terjebak dengan cu.
Siyes tak kenan sangat pon memula tu. Abes bila hari-hari disua dengan corak AJ yang kiut macam hape tu, akhirnya terpengaruh.

Alhamdulillah masih pada level yang terkawal. Serik berhabis duit bagai nak rak macam dulu tu. Huhuhuhu~


Semua AJ murahan aje. White label semua. Tak kisah janji lawa kan.

Now,
Sana sini hapdet pasal instant shawl.


Ade selai jugak. Muka bersilang-silang dan tembam macam pau. Tak kiralah, janji konpiden bila pakai.

Eh, suka instant ni sebab senang pakai. Dah mula berkira nak menambah koleksi lagi.

Sooner maybe.

Dapat nilopa selai pon ok jugak.


Melting.

Ni mahal?
Boleh amek yang ala-ala nilopa jek.


Yang ni selai tak sampai tigapuloh pon.
Mane tau bila pakai leh cun macam neelofa, takpon emma maembong nih.

=P

Any opinion about this?


posted from Bloggeroid

Terima Kasih

1 comment:

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati