Wednesday 24 June 2015

Already a week!

Assalamualaikum

Ramadhan memasuki hari ke7 hari ini. Alhamdulillah ibadah puasa aku masih penuh setakat ini dan sempat berdoa biarlah cukup hingga ke akhirnya.

Manalah tau, ade rezeki ramadhan.

Sana sini dah nampak orang membeli persiapan raya. Yelah beli awal-awal senang, tak bersesak-sesak. Aku?

Prefer beli awal jugak. Dari gaji bulan lepas aku dah beli sikit-sikit. Kononnya taknak terasa. Alhamdulillah, nampak macam tak rasa. Tapi taktau la dah dekat-dekat nak raya nanti kot terbeli lagi.

Huhuhuhu~

Seluar budak-budak dah dapat. Sorang dua pasang. Cukup tak? Cukup la suar yang lain ada lagi buat gilir-gilir pakai. Cuma baju kena beli banyak sikit pasal dah takde yang elok nak dibawak berjalan.

Untuk baju,
Aku plan nak beli corak & warna yang sama. Eh, tapi ada bantahan la! Farish taknak baju boria dah. Siap warning abang taknak.baju sama b ye.

Tak merasa lah nak pakai boria lagi nampaknya. Tapi takpe. Nanti masa nak beli tu kita try pujuk lagi.

Wish me luck

Btw, selamat menjalani ibadah puasa uols!


posted from Bloggeroid


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati