Friday 5 June 2015

Update : FarishHafiy MNH dah sihat

Assalamualaikum

Setelah berhari tak hapdet, malam ni rajinkan jari menaip. Takut pending lama sangat, terus tak hapdet. Huhuhu~

Kesinambungan kes farish kena tahan wad Di KPJ haritu, nasib baik hari kedua tu dah boleh balik. Dengan muka sehabis manis mintak permission dari doktor nak discharged.

Alhamdulillah demam farish dah kebah & doktor izinkan dia balik tapi masih kena on antibiotik selama tiga hari dan sepanjang tempoh tu kena ulang alik hospital 2kali sehari iaitu pada jam 10 pagi dan 10malam.

Setuju ajelah janji boleh balik rumah. Pengalaman pertama jaga anak sakit kat wad, tidur kat wad, perghhh memang tak best!

Kemudahan dan keselesaaan tu memang tak dinafikan tapi ketenangan hati tu yang takde. Last kena tinggal dalam wad masa bersalinkan fareeq dulu je. Tak pernah datang lagi dah lepastu.

Setelah 6tahun jadik mak dan pertama kali kena duduk wad memang pengalaman yang takkan aku lupa sampai bila-bila. Merasa juga akhirnya!

Walau apepon, sekurang-kurangnya aku lega. Farish dah sihat. Sebelum ni bila demam berpanjangan tu, aku pon jadi tak senang hati nak kerja pasal asyik pikirkan dia je.

Bila kat sini, dipantau waktu makan ubatnya & diperiksa dari segala segi aku jadi puas. Setidak-tidaknya aku tahu takde apa yang nak dirisaukan lagi.


ECG pon diorang buat. So far ok semuanya. Hearbeat jadik laju sikit pasal dia demam je.


Sarung tangan dah. Ni lagi satu pelik bin ajaib. Molek pulak dia diam tak menangis masa cucuk kat tangan tu. Terkebil-kebil kitorang semua pasal tak percaya farish tak nangis. Hahahha!


Petang tu still merengek-rengek makan pon taknak sampai jenuh aku pujuk rayu. Alhamdulillah makan jugak sampai licin.

Ribut petir malam tu. Menggigil kesejukan aku sampai ke pagi dengan cuma berselimutkan towel farish je. Kejap-kejap njrse datang check. Memang tak lena la tidur aku kat sana.


Hari kedua makan bubur. Kat sini boleh request nak makan apa rupanya. Sangatlah seronok aku rasa. Tanya apa yang betul-betul farish nak makan untuk sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.

Masa ni aku nampak selera farish dah ok. Pasal tu aku berani mintak balik harini. Ubat demam yang diorang bagi semalam betul-betul mujarab. Merecik-recik peluh farish tak lama lepas makan. Mungkin panas dalam semja dah keluar.

Mungkin je la.
=P

Sampai ke petang farish dah takreti duduk diam atas katil. Cergas dah.


Request nak duduk kat kerusi pulak pasal dari semalam dah kena baring je. Macam-macal hal. Tu yang lastly aku pon panjat katil sekali.


Bila perati bebetul, muka aku yang dah nampak macam orang sakit masa ni. Letih. Sampai rasa macam nak gelap mata pon ade. Huhuhu~

Sampai ke malam baru settle semuanya. sempat makan menu terakhir kat sini, mihun sup. Ni pon farish yang order. Tapi berapa kali makan kat sini, fareeq yang lagi over dari pesakit.


Kan?

Lena tidur kat rumah sendiri. Baru semalaman tinggalkan rumah dah rasa macam rindu amat. Amat over!

Khamis tu aku kerja macam biasa tapi keluar bawak farish ambik antibiotik juga. Keadaan dia nampak makin ok. Dah melasak balik dah.


Edisi pagi


Edisi malam. Yang ni sekali bukak bungkusan tangan farish. Part paling tak sabar nak tengok jarum yang ada dalam sarung tu.

Pheww~
Farish hebat la. Tak menangis dah satu hal. Siap pandang pulak nurse tu kerjakan tangan dia. Yang meneman pulak seram sejuk dibuatnya.

Settle semua. Sebelom keluar ada form soalselidik nak kena isi dan aku pun sempat komplen sikit. Heheheh~

Aku harap takkan balik kat sini lagi. Mudah-mudahan budak berdua tu sentiasa sihat hendaknya.


posted from Bloggeroid


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati