Wednesday 10 June 2015

Kerana dirimu begitu berharga

Assalamualaikum


Memang aku sengaja letak muka aku sebagai pembukaan kalini. Muka lega pasal farish dah boleh discharge haritu. Nampak kusam dan tak bermaya je kan?

Honestly aku agak penat. Sape-sape pon yang penah ada pengalaman jaga anak sakit mesti rasa letih macam aku ni jugak rasanya. Tidur malam tak lena dari awal dia demam sampailah akhirnya bermalam di wad hospital. Selama seminggu tidur-tidur ayam, menjaga anak supaya tak jadi benda yang tak elok.

Alhamdulillah walaupon suhu farish maha tinggi tapi takde sawan ke apa-apa terjadi. Sumpah aku paling risau tentang tu. Dalam kepala ni asyik terbayang kalau sampai terjadi macam tu, apa perkara pertama yang aku kena buat.

Aku jenis gabra. Bila jadi perkara yang spontan, selalunya otak aku gagal berfungsi dengan normal dan kebiasaannya jugam airmata aku akan keluar dengan sendirinya.

Bukan sedih tau,
Tapi sebab terlalu risau ataupon takut.

Macam haritu suhu badan farish tinggi semula. Dia jadi macam menggigil sambil sesekali meracau. Ko rasa mampu ke aku tidur dan anggap semua ok je pasal tadi dah bagi dia makan ubat demam?

No way.
Kejap-kejap aku jerlum lagi kepala dia. Aku letak kat dahi, kat lengan, kat kaki. Mana-mana yang aku rasa panas melampau. Bayangkan aku yang duduk sebelah ni pon terasa bahang berapi, apalagi dia yang menanggung.

Ajak makan taknak.
Offer susu tolak.
Makan pon sekadar syarat je. Tapi dalam mulut dah mula ada ulser. Aku ni mana la boleh tengok anak sakit. Huhhuhu~

Sekarang alhamdulillah semua balik asal. Dah boleh senyum dan ceria macam selalu. Leganya Allah je yang tahu.

Mungkin memang kena pemantauan dari doktor jugak, baru demamnya betul-betul kebah. Syukur juga sebab farish anak yang kuat. Walaupon tak sihat takde pulak dia merengek, elok je pelan-pelan bangun pergi dapur minum air, pergi toilet.

Sejuk hati. Dia tau mak dia bukan dari jenis yang tebal tembok kesabaran agaknya.

Cuma yang effect nya berat badan farish je. Turun mendadak sampai tinggal 19kg je. Selera makan kurang, susu tak minum, pasal tu kejap je kurus agaknya. Walhal mak yang menjaga ni tak pulak susun walaupon sekilo.

Huhuhu..

Sejak dari pengalaman tu, aku harap takkan ada lagi anak yang masuk wad. Selama ni pon kalau demam sehari dua dah kebah, jadi taklah aku risau tak tentu hala dibuatnya.

Biarlah tu jadi pengalaman. Yang pertama dan terakhir sebab aku dengan yakinnya nak bagitau duduk kat wad amat tak best walaupon hospital swasta. Feel tetap tak sama dengan bilik tidur kat rumah sendiri.

Buat farish hafiy,
Ibu tak pernah mengeluh uruskan awak sepanjang awak sakit. Untung jugak ada tokyah, ada mak dan ada cu yang tolong tengok-tengokkan awak.

Mungkin demam nak membesar la tu. Awak bebas dari sebarang penyakit berbahaya pon dah cukup besar rahmatnya pada ibu. Tak dapat nak bayangkan semua perkara yang tak elok berlaku pada awak, cintahati ibu.

Ibu doakan anak-anak ibu semua diberi kesihatan yang sempurna, cerdik & cergas setiap masa. Ibu sayang semua anak-anak ibu. Takkan ada sesuatu pon yang mampu ibu gadaikan untuk tebus kasih sayang ibu, kerana diri kamu begitu berharga.

=)


posted from Bloggeroid

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati