Monday 1 June 2015

Pencapaian Fareeq Qashfiy MNH diusia 4tahun

assalamualaikum

Masih melayan farish yang demam tapi sempat curi masa bawak fareeq gunting rambut.

Sebelum ni memang babah je yang trim rambut budak-budak ni. Farish jejakkan kaki kat kedai gunting and berani hulur kepala kat orang tu masa umur 5tahun. Itu pon macam-macam janji setia pujuk rayu ditabur pasal nak yakinkan dia takde ape pon kalau gunting rambut kat kedai.

=)

Dan sekarang fareeq ulang semula sejarah abang dia tapi lebih awal dari farish.

Fareeq pertama kali ke kedai untuk gunting rambut pada usia 4tahun 2minggu. Yeayyy!

Ni pon satu hal jugak. Kemain payah nak pujuk. Dulu pernah bawak sekalo sampai kedai dia taknak gunting. Huhuhu~

Kalini siap tayang duit kaler hijau. Kes nak umpan dia la ni. Bukan apa, rambut dia dah makin berkirai serupa anak dara dah aku tengok.

Kpop sangat!

Umpan macam mengena. Tapi tak bagi duit tu pasal dah deal lepas gunting baru dapat. Sepanjang jalan nak sampai kedai tu, dia nampak macam beria jek.

Sekali memang ok la!
Senyom simpul masa kepala kena cukup.
Ahaks!

Eksaited la si emak ni ambik gamba bebanyak. Nak buat kenangan gamaknya.

At first fareeq request takmo duduk atas papan kat kerusi tu pasal nanti papan tu patah katanya. Pujuk punya pujuk, lastly dia ok.

Pengalaman pertama fareeq.
Lepas ni boleh terus gunting kat kedai la. Silap haribulan jadi macam farish, die nak gunting kat kedai ni je. Hahah!

Akhirnya berjaya yakinkan fareeq
Kedai gunting tu sebenarnya osem. Takde ape nak ditakutkan.

Sampai rumah, gasak belek rambut depan cermin je. Adehhhhh!



Sebelom dan selepas. Rasanya yang berubah cuma cara sikat rambut je kot.
huhuhuhu~


Ni farish masa makan malam tadi.
Nampak ok dan harap-harap memang dah ok.

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati