Monday 8 June 2015

Indoor playground @kluang mall

Assalamualaikum

Semalam memang dah terpikir nak bawak fareeq pegi playground. Masa pegi aeon mall kulai haritu tengok dia suka main kat playground, tu yang rasa nak pegi bawak lagi.

[Image_0]

He looks so happy. Macam sebelum ni, aku rasa takde momen paling bahagia selain tengok anak-anak aku enjoy. Senyum. Ketawa.

Sempurna.
Terasa apa yang aku bagi dah cukup untuk diorang sebab tu diorang suka. Tak payah mahal-mahal kalau cuma benda percuma pon dapat gembirakan dia. Apa yang penting, masa.

Asalkan aku beri masa,
Semuanya tak mustahil aku adakan.

Jadi balik dari kerja semalam terus mandi siap-siap. Plan nak ke dataran tasik tapi kena kensel pasal hujan dah turun. Petang-petang ni memang tak boleh jangka, musim hujan dah.

Jadi beralih plan ke kluang mall. Kat sana ada indoor playground. Dah lama tau tapi tak pernah pegi. Selalu main games yang kat luar tu jek. Tak masok dalam playground dia.

Jadi harini try bawak fareeq.



Anak aku yang sorang ni jenis berani sikit dari abang dia. Teman kejap pastu dah. Gasaklah dia main sendiri. Takde herannya dia kat orang lain dah. Bersuka ria dengan cara dia sendiri gittew.





Masok sini cuma bayar RM4 sahaja then mainlah sampai kau rasa dah jemu nak main. Hahah!

Macam fareeq, sejam lebih jugak dalam tu. Itu pon pasal babah ajak balik. Kalau dilayan mau tak berhenti lagi. Aku dah sangap berpuluh kali ni. Ngantok sungguh mata rasanya.

Malam ni cuma ada fareeq. Sejak wad haritu farish stay dengan mak. Lepas rindu dendam katenya.

=P

Petang semalam cu whatsapp gambar diorang. Kemain beriadah juga rupanya. Diorang lepak dataran tasik. Eh, tak hujan rupanya kat sana!


Ni pon bahagia jugak.
Bertimang la duduk dengan mak lama-lama.

Cuti sekolah kalini beza sikit pasal hujung-hujung nanti baru kitorang plan nak travel. Cuti dekat-dekat aje. Janji namanya percutian.

Aku kan memang pesen yang tak senang hati kalau cuti tak kemana nih. Hahahha!


Sekarang makin kerap pulak budak kecik ni pose cenggini.

Bajet comel lettew.

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati