Saturday 20 June 2015

Happy bornday dear parent!

Assalamualaikum

Harini dah memasuki hari ke 3 kita semua ber puasa. Perjalanan puasa berjalan dengan baik dan alhamdulillah takde mengadu sakit perut lagi setakat ni.

Huhuhu~
I hope so gastrik tak datang dalam puasa kalini.

Beberapa hari ni memang sukat elok je menu bersahur aku. Layan kurma dengan nestum je. Nak kurangkan pengambilan nasi dengan alasan nak jaga kesihatan sekali dengan nak buang lebihan daging kat perut ni.

Lemak-lemak degil, please go away sebab iols nak feeling selim melim raya nih.

=P

Sejak semalam ada kat rumah mak mentua. Dan kat sini memang punah ranah la diet aku pasal semua makanan sedap-sedap. Nangis sat. Huhuhu~

Harini juga hari jadi mak & ayah.
Yang ke 47tahun untuk mak dan yang ke 59tahun untuk ayah. Sayangnya aku takde kat sana nak wish depan-depan. Jadi send mesej via whatsapp aje la.

Kebetulan sangat bila mak dengan ayah berkongsi harijadi pada tarikh yang sama. Cuma beza 12tahun je. Dan kebetulan juga bila aku dan encik shuben berturutan pulak ulangtahun kelahirannya. Perancangan Allah, sangat unik.

Takde kek sebab dah masok bulan puasa then aku plan nak sekalikan dengan birthday farish bulan depan.


The best parent ever!

20Jun2015
Selamat ulangtahun kelahiran buat mak&ayah. Semoga Allah melindungi keduanya dr sebarang musibah. Diberi keluasan rezeki dan sentiasa dilimpahi rahmat dan kebahagiaan.

Orang yang selalu ada saat susah senang, yg sentiasa menyokong setiap inci perbuatan dan orang yg paling faham tentang diri ini. Takkan ada sesiapa pon mampu kasih sayang yg kalian berikan. Selalu ada bila diperlukan & selalu memenuhi setiap apapon permintaan anak-anakmu.

Terima kasih kerana membesar & mendidik selama ini. Terima kasih kerana sentiasa berikan yang terbaik walau sesukar mana. Tanpa keduanya siapalah diri ini.
I love both of u, forever.
💓💓💓💓💓💓💓💓👪

posted from Bloggeroid


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati