Monday 29 June 2015

Shopping online di Go shop

Assalamualaikum!

Hari ke 12 berpuasa dikejutkan dengan parcel besar gedabak di depan rumah. Padanlah encik shuben beria suruh aku balik cepat, ade udang balik mee rupanya.

Bawak masok rumah lepas tu belek-belek kejap.

Sah die order jugak set yang dah lama die perati jek ni.

Dari yang semahal-mahal tidak sampailah ketemu set yang ini. Encik shuben memang minat masak, no wonder la dia tak berkira untuk beli ni. Cer kalau aku mintak benda lain, mau panjang muncung dia. Huhuhu~

Set STROM COLOUR DIAMOND FRY PAN SET.

Ada beberapa kelebihan yang dicanang dalam rancangan tv tu. Lebih kurang sama je dengan set yang lebih mahal, tapi aku tetap yakin mesti ada kelebihan lain pada set yang mahal tu.

Ok takpe,
Dah dapat ni pon dah cukup baik.
Siapa tau pakai periuk ni masakan aku jadi lebih sedap kan. Hahahahha!

Alu belom rasmikan lagi set ni. Nanti dah guna aku kasik review sikit. Mungkin nak guna untuk masak menu berbuka malam ni. Budak kecik sorang tu tak sabar dah nak guna periok want to shop yang babah dia belikan ni.

Dia paling excited masa bukak kotak tu. Dia pikir tu set main masak-masak kot?

Set ini boleh dimiliki pada harga RM149 SAHAJA & nikmati caj penghantaran percuma untuk semenanjung malaysia. Untuk set kalini diorang hantar guna Gdex. Tak pasti kalau item lain pon guna kurier servis ni ke tak.

Nak jugak?
Layari www.goshop.com.my untuk maklumat lanjut.
posted from Bloggeroid

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati