Sunday 21 June 2015

Selamat hari buat semua bapa!

Assalamualaikum!

Harini hari bapak ye? Dah setengah hari baru tau. Tu pon pasal nampak ramai sangat yang post pasal hari bapak kat facebook.

Ngeeee~

Sepanjang bulan puasa ni lemau lebih sikit. Kerjanya scroll tengok menu bersahur & berbuka je.

Cerita pasal hari bapa. Orang yang aku ingat semestinya ayah.

Lelaki pertama dalam hidup aku. Yang berkerja keras membesarkan aku dan adik. Ayah yang terbaik pada aku. Sampai aku pernah tekad nak cari laki macam ayah, yang lemah lembut & tak pernah pon jentik anak-anak.





Ayah.
Encik zainal bin ali.
Ayah jenis yang pentingkan pendidikan anak-anak dia. Supportive gila bila anak buat apa-apa. Ingat lagi masa zaman sekolah aku ni memang minat menulis. Ni pon aku warisi dari ayah. Pernah masa form 4 aku saje tulis-tulis cerpen, tapi punyalah ramai pengikut sampai lunyai buku tulis tu tersebar kat hostel. Siap request suruh tulis lagi.

Hehehe~
Cerpen jiwa remaja-remaja masa tu. Memang laris la. Sempat terfikir nak jadi novelis,tapi manjang tak siap je manuskrip aku.

Sekarang ni aku tak sure skill menulis tu ada lagi ke tak pasal dah lama tak menulis.

Till then.

Since aku selalu berharap dapat laki yang similar macam ayah peelnya, Allah makbulkan juga akhirnya.

Aku jumpa dia..

Encik mohd nor hafizan.

Sah menjadi suami & bapa kepada anak-anak aku. Ada dua orang anak setakat nih.

=P

Ape yang sama?
Both takkan senang-senang naik tangan kat anak. Sangat tabah melayan peel anak-anak tak sama macam mak-mak yang pantang silap sikit laju je nak mengetil.

Dia,,, suami luarbiasa.
Hahhaahha!
Tetiba.

Luarbiasa sebab aku boleh sabar dengan dia & dia pon boleh sabar dengan aku. Sama-sama keras kepala. Tapi sejak kawen memang aku aje yang kerap mengalah kot. Bila dah menyakitkan hati tu, kemain sakit lagi la. Pastu wat tak reti bukannya nak pujuk. Mencik!

Tapi bila dah sakit hati tu, kenang balik kebaikan dia, sejuk la hati aku ni. Dia je yang layan aku elok bila aku malas nak kemas rumah, malas masak, malas lipat kain, basuh kain, malas semua la.

Dia buat semua. Malah boleh dikatakan dia selalu juga sediakan makanan untuk kitorang semua. Sedap pulak tu.

Tenkiu sayang.

Untuk ayah & babah,
I love u.
So much.
Tanpa korang, tak bertambah la umat-umat nabi Muhammad di dunia ni.
posted from Bloggeroid

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Cerita Tentang Kita | Template Designed By Blog Bingkisan Hati